Siapa Aku

My photo
Port Klang, Selangor, Malaysia
takperlu mencari taman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN, mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA, tak perlu diri seteguh IBRAHIM, ...ika tak sekuat siti SARAH, mengapa didamba hidup seistimewa siti KHADIJAH, jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W..

Monday 18 July 2011

Semoga ImpianKu terkabul

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah s.a.w,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...