Siapa Aku

My photo
Port Klang, Selangor, Malaysia
takperlu mencari taman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN, mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA, tak perlu diri seteguh IBRAHIM, ...ika tak sekuat siti SARAH, mengapa didamba hidup seistimewa siti KHADIJAH, jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W..

Saturday 30 July 2011

I swear,I'll not find another phone!!!


aku dapat lagi handphone yang aku idam2kan selama ini...fuhh,,so better than I Phone n BB Torch lah...serius aku cakap nie...Try dulu lah kan?...urmmm...4 me,,aku tak kan nak carik handphone lain setelah aku menjadi puan barang ini...hehe...xbanyak yang aku nak story,juz nak katakan...Tq 2 my Sunshine coz menghadiahkan aku sebijik Handphone HTC Incredibles S yg aku idam2kan...

Thursday 28 July 2011

salam jumaat


JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI, 
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

...AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI, 
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.

SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI, 
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, 
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.

Sunday 24 July 2011

Baby Qushrin layan Qhiquitta


Biarpun pun sinetron MariMar dah habes tapi kami anak beranok ni tak lupa n still ikut perkembangan pelakon wanita kegemaran kami nie. Marian Rivera namanya...urmmmmm,,,cantik,manisan n comel pun ada kan?...Dia jugak seorang penyanyi dan penari terkenal kat negaranya kan??...urmmmm,VC dia dengan lagu chiquitta tue kitaorang memang fanatik..baby qushrin tak ketinggalan turut serta meminatinya...hehe...tengok je  lah masa aku massaging dia,aku pasang lah lagu chiquitta nie..mata baby Qushrin tak pejam kalau tengok c marian menari...hehe...ANW,,,we're love Marian Rivera!!!!

Ngidam Durian


Harini terasa sangat nak makan durian..tak sabar nak makan durian ayah aku kat kampong tapi bila nak makan???...nak balik kampong lama lagi nih...nasib baik suami aku pie rajin kluaq carik durian..mujur jumpa gak..dah beli banyak macam ni sapa nak perabihkan pulak??.anak2 aku bukan suka sangat makan durian ni...suami aku pulak alergi...ermmmm,,aku apa lagi main hantam makan sampai aku lupa yang aku ni Bf 0n Demand kat baby aku...terinagt pesan mak aku,kesian budak yg Bf ni kalo ibunya hentam durian banyak2...hehe...ermmmmmmmmm....aku korbankan sahaja lah nafsu ku makan durian bebanyak nih...hehehe....asalkan tak kempunan je kan...

Qushrin Mulai meniarap


Genap jer baby qushrin berusia 5bulan,pergerakkan seterusnya baby sudah pandai bertiarap n mengangkat kepalanya mengikut objek yang ada di hadapannya...tidak sabar untuk melihat apa pergerakkan seterusnya...hehe...mama sayang baby qushrin...mama harap baby qushrin sentiasa berada dalam keadaan yang sehat..sepupu dia kat kampung berusia 4bulan bernama Qayyum dah duduk dalam walker...hehe...qushrin bila ye???...tunggu je lah...

Wednesday 20 July 2011

babyku genap 5months

harini genaplah anak ke-3 ku berusia 5bulan.Alhamdulillah sehingga kini aku masih mampu menyusui anakku secara xclusive tanpa campo aduk air lain...hihi...sumpah!!!! air suam pun aku xbagi minum...ha la,,,aku penah dapat info melalui google,if bf on demand ni xyah bagi bayi kita minum air kosong..ada sebab aku dah lupa dah...nnt aku refer balik...setakat ni,,baby aku sekali sahaja mengalami batuk selesema dalam 3-4 hari tapi xlah seteruk mana...aku kuatkan sahaja bagi ASI kat dia n bagi satu sudu madu asli...syukurlah baby aku sehat sehingga kini..apa yang aku ingin simpulkan di sini...ku memohon kepada Illahi agar kurniakan kesehatan kepada anak2 ku...semoga anak2ku menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam ilmu dunia akhirat...

Novel Twilight

Akhirnya lengkaplah novel Twilight aku...huhu...gile sangat kat cite ni sehingga aku sanggup beli..kepala pun jadi pusing gak arrr sebab buku ni mana ada version malay...version english beb...huhhhh,,kalo beli dvd english ok arr coz ada subtittle....aku mana lah terer sangat BI ni...tapi alhamdulillahhh....faham juga aku inti story nye...hehe...ANW,,,tq 2 my luvly sunshine coz membantu aku cari novel ni kat store buku dgn payahnya...hehe...

Tuesday 19 July 2011

Demam Bella pulak akan melanda…





Telenovela  Bella Calamidades yang bermaksud ' Si jelita yang malang' telah mula ditayangkan di tv3 harini. . .Pengubat cerita MariMar yang digilai ramai.Namun cerita Bella ini jugak tidak kurang hebatnya..Lebih 90 buah negara meminati cerita ini.Terdapat 140episodes dalam cerita ini.Wooowwwww..so awesome rite??..Heroinnya pun memang cantik dan seksi person..Hero dia pula juga macho dan handsome..hihi...yela,sesetengah org nak tengok siapa pelakonnya...cantik ke tak?? handsome ke tak??..urmmmm,petang tadi dah juga aku tengok intro chapter nya dan memang bakal disukai ramai kerana macam best je storynye kan?
Sinopsis: 
 Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya....
Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.
Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial.
Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib itu, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya.

Makanya sape2 yang suke telenovela mexico version,jom kita menonton telenovela ini setiap hari isnin-khamis d tv3...

Hadiah Buat Baby Qushrin



Assalamualaikum,,sempena kelahiran anak lelaki kami yang ke-3 ni (23rdfeb2011),,hubby aku membelikan baby kami sebiji handphone. . Ha la,,dulu semasa kelahiran anak2 gegirl kami,,hubby aku hadiahkan seutas rantai emas..ni anak lelaki mana leh pakai emas kan??...ermmm...biarpun hadiah xseberapa berbanding dengan pengorbananku kata suami aku,,namun ada jua lah perhargaan daripada suamiku melahirkan zuriat nya yg ke-3. . .tapi,,baby mana lah reti nak guna fon ni,,ermmmm. . . ayah pakai dulu lah ye???....ANW,,,tq bang. . kami sayang abang. . .

Salam Ukhuwah

Salam. . .
Aku pun tak tahu lah ini blog yang ke berapa aku buat. . banyak dah blog aku buat tapi asyik2 aku lupa paswud. . .Rindu plak nak story mory kat blog. . iya lah. . banyak story yang aku ingin kongsikan actually. . kongsi dengan siapa???. . . sapa2 je lah. . coz sharing is caring rite???....huhu. . .Mungkin esok2 blog ni leh dijadikan bahan bacaan bagi anak2 ku bila besar nanti n apa yang ku coret dalam blog ni Insyaallah akan ku jadikan sebagai bahan rujukan di masa tua kelak...harap2 aku n familyku akan dipanjangkan usia...

Monday 18 July 2011

Semoga ImpianKu terkabul

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah s.a.w,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...