Telenovela Bella Calamidades yang bermaksud ' Si jelita yang malang' telah mula ditayangkan di tv3 harini. . .Pengubat cerita MariMar yang digilai ramai.Namun cerita Bella ini jugak tidak kurang hebatnya..Lebih 90 buah negara meminati cerita ini.Terdapat 140episodes dalam cerita ini.Wooowwwww..so awesome rite??..Heroinnya pun memang cantik dan seksi person..Hero dia pula juga macho dan handsome..hihi...yela,sesetengah org nak tengok siapa pelakonnya...cantik ke tak?? handsome ke tak??..urmmmm,petang tadi dah juga aku tengok intro chapter nya dan memang bakal disukai ramai kerana macam best je storynye kan?
Sinopsis: Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya....
Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.
Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial.
Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib itu, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya.
Makanya sape2 yang suke telenovela mexico version,jom kita menonton telenovela ini setiap hari isnin-khamis d tv3...
Makanya sape2 yang suke telenovela mexico version,jom kita menonton telenovela ini setiap hari isnin-khamis d tv3...
No comments:
Post a Comment